Friday, December 24, 2010

pengalaman buat blog

Ni aku nak kongsi kegembiraan aku dengan korang semua.. Hari ni first time aku buat blog. Aku yang bengong2 ni tetiba je terasa nak buat blog. So,dengan tunjuk ajar dari cikgu yang tak bertauliah iaitu adik aku,aku dengan bangganya berjaya menghasilkan blog yang selama ni aku idam2kan.

Walaupun blog aku ni tak seberapa macam blog orang lain,at least aku pun ada la juga blog. Mulai dari hari ni,blog ni la yang akan jadi diari hidupku tak kira la aku gembira atau sedih..Yang penting blog ni akan ku jadi tempat aku lepaskan suka dan duka ku...cehhh....macam pengarang cerpen la plak aku ni.hehehe....

Ni yang aku dah start nak cita tentang diri aku..Aku ni tak la cantik pun.Aku biasa2 je.Aku still study di KPJ kolej yang terletak dekat nilai..Aku ambil kos diploma in nursing. Aku pun tak tau kenapa aku ambil kos ni padahal aku tak pernah pun terlintas dalam otak aku nak jadi nurse...Tapi sekarang aku dah mula minat nursing.kata orang,tak kenal maka tak cinta..huhu...

ni la aku...

No comments:

Post a Comment